
|
Berhenti Membeli - belah , Mulakan kehidupan baru
Monday, 12 March 2012 @ 03:52 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum . Maksud tajuk di atas ni bukan bermaksud kita terus berhenti membeli - belah dan membuat semua benda yang kita mahu sendiri , itu memang mustahil kan ? Jadi maksud tajuk ' Berhenti membeli - belah , Mulakan kehidupan ' adalah bermaksud kita harus meminimumkan perbelanjaan harian kita dan memaksimumkan sikap jimat - cermat dalam diri kita semasa kita berbelanja .Memang seronok apabila kita dapat membeli - belah apa lagi kalau kita dapat setiap barang yang kita mahu . Tapi kita perlu fikir , bukan senang untuk ibu dan bapa kita mencari wang untuk kita , jadi kita harus melatih diri kita agar tidak terlalu mengikut nafsu semasa berbelanja . Semasa berbelanja kita harus membeli barang keperluan dan bukannya kemahuan . Okay , bukan maksudnya kita tidak boleh membeli apa yang kita mahu , kita boleh membelinya tapi kita harus likut keadaan dahulu , jika kita mempunyai wang lebihan atau barang - barang keperluan sudah tersedia , kita bolehlah menggunakan wang tersebut tapi tidaklah sehingga wang tersebut habis , gunakan sedikit dan bakinya boleh kita simpan untuk dijadikan tabungan . Bukan susah sebenarnya jika kita ingin menjadi seorang pembeli yang berkhemah bukan ? Lakukan dengan segera sebelum terlambat :)Antara cara - cara kita berjimat - cermat semasa berbelanja :- - Pastikan barang - barang yang kita hendak beli itu keperluan atau kemahuan . - Tidak mengikut nafsu semasa berbelanja - Fikir dua kali sebelum kita membeli sesuatu barang - Beli barang yang murah tetapi berkualiti - Senaraikan barang keperluan sahaja ketika membeli - belah Jadikan diri kita seorang sentiasa bersyukur dan berjimat - cermat . Ingat Allah suka orang yang suka berjimat cermat dan syaitan suka orang yang suka membazir ! |
Profile
Thanks ! Just respect me and i will respect you more dude Tagboard
Shoutbox Round of applause
Background : Faqihah |